dan pelbagai lagi fungsi menarik yang mampu diberikan oleh laman web yang menggunakan sistem shopping cart ini. Contoh laman web yang menggunakan konsep shopping cart adalah seperti www.kedaigamat.com.
Kebiasaannya, kos pembangunan sesebuah laman web shopping cart adalah sekitar RM500.00 - RM4000.00 bergantung kepada ciri - ciri yang disediakan terhadap laman web shopping cart tersebut serta platform yang digunakan (sama ada yang telah sedia ada, custom made atau paid software).
Dan untuk makluman anda juga, kos tersebut tidak termasuk dengan pembinaan rekabentuk (design) web shopping secara 'custom' dan unik yang boleh membawa kos mencecah kepada RM5000.00 dan keatas (seperti laman web revolady.com yang kami siapkan).
Bersempena dengan pelancaran semula perkhidmatan ProjekNiaga ini, pihak kami ingin menawarkan perkhidmatan pembinaan laman web shopping cart ini dengan harga yang begitu istimewa kepada 10 orang yang benar - benar berminat sahaja untuk memiliki laman web shopping cart sendiri.
Tawaran ini terbuka kepada sesiapa yang:
Untuk perkhidmatan pembinaan shopping cart ini, kami menawarkan 3 jenis pakej pemasangan sistem shopping cart popular iaitu:

Kami bersedia untuk menerima tempahan bagi ketiga - tiga platform ini untuk kami mengumpul hasil kerja sebagai portfolio kami. Jadi berikut adalah tawaran harga yang kami ingin tawarkan sebagai harga istimewa 10 pelanggan bertuah kami:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nota: Kos pemasangan tidak termasuk dengan kos hosting atau domain.
Anda boleh memilih salah satu platform sistem shopping cart yang ingin digunakan berdasarkan senarai diatas. Sekiranya anda memerlukan rekomendasi daripada kami, maka pihak kami menyarankan anda untuk menggunakan platform OpenCart sebagai sistem shopping cart anda kerana OpenCart adalah begitu mudah untuk diguna dan diuruskan.
Platform Wordpress boleh juga digunakan namun yang demikian, fungsi "shopping-cart"nya adalah kurang berbanding dengan OpenCart ataupun MagentoCommerce. Ia tidak begitu canggih seperti lain - lain sistem memandangkan fungsi shopping cart Wordpress tersebut adalah hasil daripada penggunaan plugin sahaja.
Berbeza dengan OpenCart atau MagentoCommerce, kedua - dua sistem ini adalah merupakan sistem yang semenangnya memfokuskan kepada fungsi shopping cart. Jadi, terdapat banyak fungsi menarik dan canggih yang dapat digunakan untuk memaksimakan lagi potensi sistem shopping cart anda kelak.
Antara OpenCart dan MagentoCommerce pula, MagentoCommerce adalah merupakan satu sistem yang sangat berkuasa namun begitu, penggunaannya agak rumit terutama sekali jika anda masih baru dalam kendalian laman web. Anda boleh lihat "demo" ketiga - tiga sistem dengan cara klik pada link perbezaan platform diatas.
Jadi sekiranya anda mahukan satu sistem yang mudah untuk digunakan, tetapi turut berkuasa, maka pihak kami amat mengesyorkan anda untuk mengambil pakej pemasangan OpenCart. Yang menariknya lagi, sistem OpenCart turut menyediakan fungsi sistem affiliate secara percuma dimana anda boleh merekruit agen affiliate untuk mempromosikan produk - produk anda kelak.
Untuk membuat tempahan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan ini, anda perlu mengikut prosedur dibawah ini:
1) Tempoh siap pemasangan laman web anda adalah dalam masa 2 minggu daripada tarikh pembayaran dilakukan. Walaubagaimanapun, pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk menyegerakan pembikinan website anda. Lagi cepat anda melakukan tempahan, maka lagi cepat website anda akan siap kerana anda tidak perlu menunggu (beratur).
2) Hosting dan domain haruslah dimiliki. Sekiranya tidak ada, maka anda boleh mendapatkan hosting dan domain daripada pihak kami dengan melakukan tambahan pembayaran sebanyak RM100.00. Kos ini adalah kos tahunan iaitu selagi anda menggunakan perkhidmatan hosting dan domain dibawah syarikat kami.
3) Pembinaan website shopping cart anda adalah berdasarkan 'layout' dan juga 'template' yang anda pilih. Kami hanya akan mengubahsuai beberapa bahagian template yang diperlukan seperti logo perniagaan anda atau mana - mana bahagian design yang harus bersesuaian dengan produk yang anda pasarkan. Sebarang customize secara besar - besaran tidak akan dilakukan kerana ia akan melibatkan kos tambahan. Matlamat kami adalah supaya website anda 'siap segera' secara professional menerusi template yang telah kami sediakan.
4) Kami akan memasukkan maklumat produk anda sehingga semaksimum 15 senarai produk sahaja. Sekiranya anda mempunyai lebih daripada 15 produk, maka caj tambahan mungkin akan dikenakan atau kami akan menerangkan kepada anda bagaimana proses untuk memasukkan maklumat produk tersebut. Jika anda hanya memiliki kurang daripada 15 senarai produk, maka kami akan berikan tempoh masa 3 bulan untuk anda mengirimkan maklumat produk anda yang lain untuk kami masukkan secara percuma tanpa sebarang caj. Dalam tempoh 3 bulan tersebut, anda boleh kirimkan senarai produk satu persatu berdasarkan keperluan.
5) Segala maklumat produk, gambar produk, penerangan berkaitan produk haruslah anda berikan kepada kami dengan lengkap untuk dimasukkan ke dalam laman web anda kelak.
Sekiranya anda bersetuju dengan syarat dan juga keperluan yang ditetapkan diatas, maka anda boleh meneruskan kepada proses tempahan dengan melengkapkan borang pesanan yang terdapat dibawah website ini:
Pilihan Template OpenCart Yang Akan Digunakan
|
Pilihan Template MagentoCommerce Yang Akan Digunakan
|
Pilihan Template Wordpress Yang Akan Digunakan
|
BORANG PESANAN |